Novel Istana Menanti menceritakan tiga orang sahabat yang amat berminat dalam mengkaji sejarah. Mereka bersepakat untuk menjejak sebuah istana lama di puncak Gunung Datuk. Fadhil, Ah Seng dan Ramasamy mengunjungi Tuk Ngah yang menjadi pakar rujuk peristiwa bersejarah tentang kaitan Istana Menanti dengan sejarah kerajaan Melayu Melaka dan juga sejarah pejuang tanah air menentang penjajahan
Menurut Tuk Ngah, kewujudan Istana Menanti berkait rapat dengan kedatangan orang Minangkabau ke Tanah Melayu. Raja Melewar menjadi pemerintah yang pertama bersemayam di istana tersebut. Tuk Ngah juga bercerita tentang asal usul nama Rembau dan Sungai Ujung menjadikan remaja bertiga itu semakin teruja hendak menyiasat istana lama tersebut.
Pada hari yang sesuai, Tuk Ngah yang menemani tiga sahabat itu menunjukkan kegigihan mereka mengatasi halangan menawan puncak Gunung Datuk dan melihat sendiri keistimewaan Istana Menanti. Semasa dalam perjalanan menuju ke puncak, Tuk Ngah bercerita tentang sejarah pembukaan negeri Melaka oleh Paremeswara. Mereka juga singgah sebentar di Jeram Lubuk Petai yang dikatakan tempat bersiram Raja Melewar dan Sultan Mahmud Shah. Tuk Ngah sempat memberi nasihat kepada remaja-remaja itu supaya menjaga tingkah laku semasa menuju ke puncak gunung demi menjaga keselamatan bersama-sama...