"Anda pramugari? Tentunya glamour! Betapa bagusnya dapat melancong dan membeli-belah di kota raya mewah seperti Paris, London dan New York!"
Begitulah tanggapan ramai terhadap pramugari dan pramugara yang bertugas di langit biru. Dalam Gila-Gila di Langit Biru, Yvonne memaparkan adegan-adegan yang mencuit hati dan aneh di kalangan penumpang yang kali pertama menaiki pesawat hinggalah penumpang ternama. Ini semua adalah pengalaman manisnya ketika bertugas sebagai pramugari.
Language: Malay Category: Education, Leisure